"Barang siapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya.
Dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNYA.
Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ~At-Talaq 2&3~


Thursday, July 28, 2011

Ku menantimu Ya syahrun kareem...

    R
amadhan semakin menghampiri  kita. Masa berputar begitu pantas, merasakan  baru sahaja menempuh Ramadan pada tahun lalu. Ramadhan 1432H pula akan membuka tirai tidak lama lagi. Ahlan wasahlan ya Ramadan karim. Jadi, apakah  yang telah kita lakukan untuk menempuhinya???adakah kita telah bersedia untuk menyambut lambaian Ramadhan???

   Rasulullah S.A.W telah mempersiapkan dirinya sejak bulan Syaaban lagi untuk menyambut Ramadan. Antara persiapan yang perlu diamalkan adalah dengan mendidik rohani kita dengan memperbanyakkan melakukan ibadah2 agar tidak mudah goyah dengan hawa nafsu. Serta persediaan yang paling utama dan penting dalam menyambut syahrun kareem ini adalah dengan  pakaian TAQWA.

   Terdapat hadis-hadis yang telah menceritakan dan menggambarkan bahawa Ramadan ini mempunyai banyak fadilat dan hikmah malah Allah sangat memuliakan orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan. Untuk mencapai dan mendapat hikmah2  yang Allah telah tetapkan adalah dengan kita melakukan segala syarat2 yang telah diberikan. Antara syarat yang telah ditetapkan untuk kita mencapai Ramadan yang berkualiti adalah dengan menjaga segala pancaindera kita daripada melakukan dosa terutamanya hati. Jika baik hati seseorang itu maka baiklah keseluruhannya. InsyaAllah.

   Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha.: “Rasulullah s.a.w berpuasa sehingga kami mengira baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengira beliau tidak berpuasa. Tidaklah kami melihat Rasulullah menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadan, dan tidaklah kami melihat  beliau berpuasa lebih banyak selain bulan Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)

   Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dimuliakan dan diberkati Allah S.W.T. Allah membuka seluas-luasnya pintu Rahmat. Betapa besarnya  fadhilat dan ganjaran yang terdapat di dalamnya. Terdapat Hadis Rasulullah S.A.W  yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: “Apabila masuk bulan Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu semua iblis dan syaitan.”

   Lagi  Hadith riwayat  Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d ,sabda rasulullah maksudnya :”sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripada orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak memasukinya. Dikatakan, mana orang  yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya, apabila selesai masuk, ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.  Begitu Allah meninggikan dan memberi kemuliaan kepada orang-orang yang benar-benar  berpuasa dengan penuh kesabaran dan ketaatan kepada Allah.

   Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar   bahawa Nabi bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”. Disini menunjukkan bahawa segala doa-doa dan permintaan orang yang berpuasa akan dimakbulkan Allah dan menyarankan hamba-hambanya banyakkan meminta hanya kepada Allah dengan penuh pengharapan. Subhanallah begitu Allah menyayangi kita sebagai hambanya.
  Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Huarairah r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan   keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya pada masa lalu.          
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim )                                         
   Semoga kita selalu menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Moga  dengan beberapa contoh hadis-hadis, fadilat dan kemuliaan Ramadan di atas dapat kita jadikan   pedoman dan ikutan serta sebagai persediaan kita menempuh Ramadan Karim. Juga moga  kita tergolong sebagai mukmin yang sentiasa bersyukur dengan segala kenikmatan Allah yang telah dijanjikan kepada hambaNya dan moga segala amalan-amalan kita diterimaNya. Moga kita juga beroleh kemenangan dan syafaat di hari akhirat kelak. Akhirnya moga kita tergolong dikalangan hamba-hambanya yang solehin dan tetap di dalam syurgaNya kelak. Moga Ramadan kali ini dapat kita tempuhi dengan keimanan dan kesabaran. InsyaAllah , Ameen ya Rabbal ‘Alamin.                                                                     
$uZç6ó¡ym                                                                  ª!$# zN÷èÏRur ã@Å2uqø9$# 
"cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan DIA sebaik-baik pelindung".-surah Ali imran 173-
Kullu ‘am wa antum bikhair

Monday, July 25, 2011

Wanita Solehah penyeri Dunia=)


Wanita Solehah,
Penghibur Hati,
Wanita solehah,
Sentiasa tenang jiwanya.



Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya,
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya,
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan,
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan.

Sumber jiwanya beroleh kekuatan,
Agar sabar merintangi musibah,
Istiqamah dalam mujahaddah,
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah.